Tuesday 5 August 2008

PROGRAM CUTI SEKOLAH - OPEN TO ALL

PROGRAM CUTI SEKOLAH ARIF MINDA
MEMBINA KEPIMPINAN REMAJA
melalui
PENDEKATAN ISLAM
15-17hb Ogos 2008, The Rock Resort, Ulu Yam,Hulu Selangor.
Terbuka untuk anak-anak berumur 6 – 12 Tahun

PENGENALAN

Kita sering mendengar keluhan anak-anak kita tentang bebanan tugas di sekolah/kolej atau pergaduhan kecil dan kes buli, sehingga mereka lemah semangat dan mudah putus asa. Mereka tak berupaya mengatasinya, bingung dan akhirnya kecewa dalam tugasan dan tanggungjawab. Adakah kelemahan ini berpunca dari kawalan emosi yang kosong dari nilai-nilai spiritual, atau berlakunya PEMBAZIRAN dan KETIDAKCEKAPAN dalam pengurusan masa? (wastes and inefficiency), baik dari sudut perlaksanaan mahupun kepimpinan.

Adakalanya kita juga sering berhadapan dengan masalah anak-anak kita yang pasif dalam pergaulan di rumah, sekolah ataupun di masyarakat, mereka kurang bijak dalam menentukan kawan atau sahabat pilihan yang boleh menyebabkan mereka tertedah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Tentu kita sayangkan mereka bukan?

MATLAMAT KURSUS

Adakah anda berminat untuk membina KEKUATAN KEPIMPINAN dan PEMIKIRAN BERKUALITI dalam diri mereka dengan menggunakan formula, pengalaman dan kaedah pembinaan dari perspektif ISLAM.

Apakah remaja idaman anda…?
Mampu menjaga diri dan berdisiplin,
Takwa kepada Allah S.W.T dan patuh kepada ibubapa,
Memiliki kecerdasan emosi dan spiritual/rohani (ESQ) yang mantap,
Sentiasa meningkatkan kualiti diri dan menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
Jika anda berminat menyerlahkan tenaga kepimpinan anak anda dalam kaedah kawalan remaja melalui gabungan konsep “Emotional Spiritual Quotient (ESQ)”, 7 Formula Cemerlang, Tarbiyatul Auwlad Fil Islam, dan Green Values (merentas hutan rimba) disalut dengan keberkatan dari perspektif DIN AL-ISLAM,
sila hubungi:


TADIKA ARIF MINDA
Puan Nora: 017-3728676 atau
Puan Hasisah: 019-2044719 atau
email: arifminda@yahoo.com.my

TEMPOH KURSUS:
Bermula dari -15hb hingga 17hb Ogos 2008:
Bertolak 2.00 ptg 15hb Ogos dari perkarangan Tadika Arif Minda – bas disediakan.

Ibubapa dikehendaki hadir bersama berjamaah zohor pada hari terakhir, 17hb Ogos 2008 di resort The Rock sebelum pulang bersama anak masing-masing.

FASILITATOR:

USTAZ HAJI MOHD KAMAL AZHARI ZUHRA ALJAVI Principal Consultant

Kamal Azhari, 44 is an active motivational speaker with more than 10 years field experience. Diploma program in Economics (Universiti Islam As-Syafi’iyah, Jakarta) and studied Islamic Banking Systems and Islamic Economics (International Islamic University, Islamabad) he has written a book on “Perbankan Islam: Teori dan Praktik (publisher: Dewan Pustaka Fajar) as well as other journals on Islamic issues in Malaysia and Indonesia.

His related experience include being:
Motivational speaker for :
-Tadika Amal Serendah
-Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, Serendah, and Sg.Buluh. Sekolah Rendah Agama Serendah
-Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Menengah Agama Bestari, USJ5, Subang. Sek. Men. Keb. Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Sek. Men. Keb. Serendah
-Univ. Perguruan Sultan Idris (UPSI)
-Talkshow guest speaker for Radio IKIM.FM since 2005.
-Religious speaker at various mosques in Klang Valley.


Mohd Kamal Azhari is currently being engaged to conduct motivational talk and Qiyam Al-Lail sessions for Kursus Dinamik Kumpulan Program for PROTON and Perodua. And Also sessions for Total Quality Management (TQM), TPS, Denshomen and ESQ for Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

YURAN KURSUS:

RM 160/seorang
Yuran termasuk
-Penginapan 3H 2M
-Makanan dan minuman
-Pengangkutan pergi dan insurans pelajar