Wednesday 29 July 2009

SAMA-SAMA JAGA RAHSIA

Semoga diberkati ALLAH semua...

Kat tadika ni, ramai anak-anak kita semua, so, banyaklah karenahnya. Alhamduliillah ramai anak-anak kita dah pandai baca, pandai tulih, pandai eja. Lagi cepat mak bapak duk follow-up malam-malam kat rumah, lagi cepat anak kita pandai. jangan malu pulak nak belajar doa2, surah2 dari depa no....
Satu benda ni nak share, dalam duk sayang anak2 kita tu, make sure lah depa tak tau sangat rahsia suami isteri.

1. Gaduh laki bini
Kalau anda laki bini duk gaduh tu, jangan gaduh depan depa. Pi masuk tandas gaduh. Pi masuk bilik ka, pi kat kedai makan ka. Yang sedih tu sampai berpisah. Bila depa tengok kita gaduh, bercerai, tergugat sikit emosi dia orang. mai sekolah monyok. Budak umor empat lima tahun dah pandai aiihh la ni. Mai cegrita kat cikgu kadang2. Belajarq pun tak semangat. Tolonglah sayang anak2 kita walau antara anda berdua sudah tiada kasih dan cinta. Kita boleh tengok had mana ada masalah keluarga, had mana mak pak sayang sangat sampai marah sikit tak boleh, had mana yang kaya, miskin.

2. Gusti laki bini
Ni lagi satu masalah besarg. Kalau nak gusti tu malam2, janganlah bagi depa tengok. Kadang2 ingat dia orang lena, rupanya mata duk buka jeling. You all mana nampak... gelap. Jangan duk amal tidorq sekali la. Eloklah ajar tidorq asing2. Kalau tak leh jugak, bangkit pelan2 malam tu, pi lah duduk bilik lain, kunci!. Malu la takut depa cegrita adegan kat orang lain, kat cikgu satu hal la... tapi yang ganas ni jenih tu buat demo kat kawan2 pompuan. Pegang sana, c**m sini. Tolonglah no. Dalam duk seronok nikmat dunia laki bini, jagalah sikit.

Cukuplah takat tu dulu no.. setakat nak share isu-isu semasa.

Wassalamualaikum
Pak Not

Tuesday 21 July 2009

DIDIK JIWA ANAK-ANAK

Tidak dapat dinafikan, pendidikan anak-anak zaman teknologi pesat membangun ini merupakan satu hal yang amat mencabar. Ini kerana peluang anak-anak untuk mengakses dunia luar (yang banyak kesannya) tidak mampu dihalang lagi dengan adanya teknologi serba canggih yang memberi banyak pintu pengaksesan dunia luar.

Ibu bapa yang dilahirkan dan belajar di zaman teknologi yang tidak semaju hari ini menambahkan lagi cabaran di dalam membesarkan anak-anak yang lahir dan belajar pada zaman ini. Ibu bapa perlu aktif di dalam memiliki ilmu bagi mendidik anak-anak disamping tidak menyekat anak-anak berkembang dengan ilmu teknologi yang moden ini.

Di dalam pendidikan anak-anak, perkara yang terpenting yang perlu diberikan penekanan sudah pasti adalah pendidikan jiwa mereka. Adakah kita yang dewasa ini juga perlu dididik?

Apabila melihat anak kita, lihatlah diri kita juga...

Nasihat Luqman Al-Hakim:

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

KAKI DALAM KASUT

From the net... didiklah anak kita untuk berilmu dan menjadi Muslim yang tegas dan sayangkan Islam.

......................................................................................

"Bila kita bercakap pasal Melayu, mungkin orang kata kita patut cakap pasal Islam. Kita boleh tukar ”Melayu’ di bawah kepada ’Islam’. Jangan sampai gadaikan agama untuk semata-mata mendapat sokongan orang bukan Islam.


Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya.

KAKI DALAM KASUT

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

(Diambil sepenuhnya daripada chedet.cc)