Assalamualaikum wrt. wbt.
Terdapat riwayat-riwayat yang menceritakan mengenai keindahan akhlak baginda Rasulullah saw, antaranya:
1. Baginda apabila diminta supaya memilih antara dua perkara,pasti akan dipilihnya yang ringan sahaja, selama dalam perkara yang ringan itu tidak terdapat dosa yang akan menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan atau kekeluargaan. Jika ia membawa akibat yang demikian maka Baginda akan menjauhinya.
2. Baginda tidak pernah menolak jika diminta pertolongan olehsesiapapun, baik ia hamba lelaki atau perempuan atau lain-lainnya kecuali Baginda saw akan memberikan bantuannya dengan senang dan ikhlas dan sedapat mungkin keperluan orang itu akan dipatuhi.
Anas r.a menceritakan:"Demi zat yang yang mengutus Baginda saw dengan benar, Baginda tidakpernah mengatakan kepadaku akan sesuatu yang tidak disetujuinya: "Mengapa engkau melakukan demikian? Tidak pernah pula isteri-isteri Baginda saw mencela perbuatanku, melainkan Baginda saw mengatakan: Biarkanlah ia berbuat demikian, sebab segala sesuatu sudah ditulis dalam catatan Allah dan berlaku sesuai dengan takdirNya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Apabila Baginda saw bertemu dengan salah seorang sahabatnya, maka tentulah Baginda saw yang mendahului berjabat tangan. Ini adalah sebahagian kecil antara akhlak Rasulullah saw yang boleh dijadikan renungan dan muhasabah oleh kita.
Kiriman: Teacher Reen.
No comments:
Post a Comment