Assalamualaikum wbt.
Syukur alhamdulillah, pada hari pertama persekolahan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun terdapat segelintir pelajar yang menangis dan meronta-ronta. Suasana ini adalah biasa bagi sebuah tadika. Berikan sedikit kepercayaan kepada pihak tadika dan guru-guru untuk mengendalikan kerenah anak-anak kita ini. Terima kasih di atas kerjasama dari pihak ibubapa yang menghantar anak-anak anda sehingga pintu pagar sekolah.
Mengikut pengalaman kami, anak-anak yang menangis terjerit-jerit selalunya akan lebih sukar dipujuk jika ibubapa ada bersama mereka. Tinggalkanlah mereka, buat tak kisah kejap kerana tangisan ini akan reda apabila mereka berada di dalam kelas dan membuat aktiviti yang diberikan oleh guru mereka. Berikanlah galakan bagi anak-anak anda bahawa alam persekolahan adalah alam yang menyeronokkan di mana mereka akan menemui rakan-rakan baru disamping dapat mempelajari benda-benda yang baru.
Yang pasti, kami memang penat tetapi kami tetap gembira bersama anak-anak anda
From:
Chairman
No comments:
Post a Comment