Assalamualaikum,
Tuan Puan,
Alhamdulillah, Tahun Baru 2009 telah bermula dan kita semua dipanjangkan umur untuk terus menghirup udara Allah SWT. Arif Minda terus wujud untuk anak-anak tuan puan dan kawasan sekitar dan sudah pun bertambah dari sudut kapasiti - kewujudan Arif Minda 2.
Ucapan terima kasih tidak terhingga terhadap anda semua atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah pihak kami akan berusaha untuk mendidik anak-anak bangsa dan agama kita seperti di harapkan. Pihak guru-guru kami ikhlas untuk memastikan semua harapan tercapai. Eratkan hubungan antara kita dan jangan simpan perasaan negatif. Sekiranya ada, datanglah meminta penjelasan dengan hati yang terbuka.
Kerjasama tuan puan untuk mengikuti perkembangan anak tuan puan selepas waktu sekolah akan mempercepatkan proses pemahaman mereka. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Berilah sokongan dan cadangan untuk sama-sama memperbaiki.
Tadika Arif Minda
2009
No comments:
Post a Comment