source:
http://rozaritakamal.blogspot.comTADIKAApabila anda mempunyai anak yang perlu memasuki ke Tadika, anda mesti membuat survey untuk mencari tadika mana yang bagus untuk anak anda, kerana tanpa Tadika yang bagus dan terbukti berkualiti , sudah pasti anak anda tidak dapat mencapai tahap asas untuk "membaca, mengira dan menulis" . 3M sangat penting sebelum ke peringkat sekolah rendah. Apatah lagi di zaman sekarang , anak anak yang hendak ke Darjah 1 perlu menduduki peperiksaan untuk menentukan kelas mereka.
Semasa anak bongsu saya menduduki peperiksaan tersebut , beliau mendapat markah 49/50, jadi dengan lapang dada saya dengan yakinnya percaya anak saya akan diterima di kelas pertama (Kelas Cemerlang) dengan markah yang diperolihinya. Apabila hari pendaftaran sekolah, saya sangat terperanjat kerana anak saya telah di tempatkan ke Kelas Kedua kerana markah tersebut. Apabila saya bertanya kepada guru , beliau memberitahu saya seramai 40 murid mendapat 50/50 didalam ujian kelayakan tersebut.
Moral of the story, anak anak sekarang semakin bijak kerana ibubapa sanggup menghantar ke sekolah tadika yang bagus supaya anak anak mereka dapat mencapai tahap yang diharapkan. Sudah pasti perbelanjaan untuk menyekolahkan anak anak ini di sekolah tadika bukan sedikit tapi pulangan sangat berbaloi. Ini adalah kerana apabila mereka mendapat sekolah tadika yang terbaik, kita tidak perlu risau apabila mereka sudah boleh membaca, mengira dan menulis. Apabila asasnya kukuh, pembelajaran diperingkat sekolah rendah dan menengah hanya perlu "monotoring" dari ibu bapa.Alhamdulillah , apabila didalam Darjah Dua , anak saya dapat memasuki kembali kelas pertama dan rata rata kawan kawan di dalam kelasnya adalah kawan kawan semasa mereka di Tadika yang sama.
Melalui pengalaman menyekolahkan ke empat empat anak saya di sekolah tadika dan melihat konsep yang berbagai bagai, kami cuba terapkan dalam sebuah tadika yang baru di buka oleh adik saya iaitu TADIKA ARIF MINDA.
Terlebih dahulu kami mencari nama yang sesuai dan kami "combine" dengan logo yang menarik dan ceria supaya dapat "attract" mind anak anak. Survey dibuat dan kami combine experience kami supaya kami dapat mencipta satu konsep yang lain dari lain. Akhirnya kami percaya konsep "ISLAMIC LEARNING" adalah satu konsep yang jarang dibuat oleh pengusaha tadika. Menggunakan LadyBird , Grolier Encyclopedia, Personal reading, Membaca Qiraat, Belajar mengambil wudu dan sembahyang berjemaah, swimming , pengajaran didalam bahasa Inggeris dan Mental Arithmatic adalah Pakej pembelajaran yang saya rasa tidak pernah di buat oleh mana mana pengusaha. Itu adalah "kelainan" yang menjadi "major attraction".
Dalam 1 Fee , ibu bapa dapat semua di atas, tentulah ianya akan menjadi satu buruan bagi setiap ibu bapa.Kemudian kami menerapkan "attraction" playhouse dan "kerusi meja" yang moden dan menarik. Ianya perlu sedikit modal tapi saya yakinkan pada adik saya ia sangat penting untuk menitik beratkan "exclusiveness" apabila belajar.Selepas itu , saya pastikan adik saya yang akan beri "brief tour on school concept" kepada setiap ibu bapa yang mendaftar. Saya percaya kekuatan sesebuah perniagaan ialah apabila "pengguna/pembeli" mendapat "direct touch" dari pemilik/onwer sesebuah perniagaan. Mereka akan yakin dan akan rasa dihargai apabila pemiliknya sendiri yang membuat "explanation".Seterusnya , kami membuat "banner" dan menghantar brochure dari rumah ke rumah .
Alhamdullillah, tahun pertama , adik saya mendapat 80 pelajar dan di tahun kedua 135 pelajar dan kini beliau terpaksa membuka 2 sessi iaitu pagi dan petang dengan jumlah pelajar 165 dan staf kini mencapai 14 orang.Apabila , perusahaan tadika beliau sudah nampak semakin "stable", kami tanpa berlengah mendaftar "Service mark" TADIKA ARIF MINDA di dalam Kelas 41.
Disamping itu , adik saya juga mempunyai blog yang akan memberitahu apa yang tadika beliau beri selain memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah beliau.http://arifminda.blogspot.comIni adalah satu contoh , yang saya ingin beri kepada semua yang berminat berniaga restoran, catering, andaman, direct selling, membuat kuih, menjual nasi lemak, pisang goreng, menjahit atau apa saja, tapi cuba lah dengan cara diatas, insyallah anda akan berjaya...