Thursday 17 September 2009

HAPPY EID MUBARAK FROM US !

Kepada semua ibubapa penjaga Arif Minda..

Kami mohon maaf atas segala salah silap selama mendidik anak-anak anda. Semoga kita semua menjadi umat Islam yang lebih bertaqwa selepas Ramadhan ini. Moga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan tahun depan... Amin

Wednesday 2 September 2009

SELAMATKAN GENERASIKU


SELAMAT MERDEKA ANAK-ANAK KU

Jangan biarkan Islam berpecah dan lemah

.... perbezaan politik itu biasa akan tetapi agenda agama dan bangsa mesti tetap satu. Melayu dan Islam tunjang negara ini, kalau tunjangnya lemah negara binasa... jika tidakpun orang lain akan menggantikan kita sebagai tunjang negara yang memungkinkan pembelaan terhakis... terpulanglah kepada kita samada mahu terus memikul tanggungjawab sebagai tunjang negara.

Kami berikrar untuk pastikan anak-anak Arif Minda adalah anak-anak yang membela agama, bangsa dan negaranya. Tidak suka bermusuh sesama agama. Tidak suka kutuk mengutuk tapi rela tegur menegur. Yang tegas dan lantang bangun kalau agamanya dicaci. Yang tidak gadaikan agama hanya untuk kuasa dan kedudukan. Anak-anak merdeka yang beriman, soleh solehah, pandai, yakin, berdisiplin dan kuat! Amin.

Untuk semua Ibubapa dan pemimpin2 Islam negaraku, renungilah

LAGU WARISAN

Orang tua main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya-raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah depa
cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
Yang kurang drpd satu pertiga...
bersatulah hati bersama berbakti
pulihkan harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah lalai terus usaha
melayukan gagah di nusantara....

Tuan Penasihat
Arif Minda