Monday 27 October 2008

ADEGAN YANG KITA MAHU LIHAT....

Assalamualaikum, Saudara-saudari

Kita semua sayang anak-anak kita... Kita jaga dia, didik dia dan beri sepenuh kasih sayang dan berdoa agar menjadi insan yang beriman dan soleh dunia akhirat. Berhati-hatilah dalam memberi kasih sayang agar tidak keterlaluan.

Antaranya:

- Berilah sepenuh kepercayaan kepada guru-guru yang kita amanahkan.
- Berdiskusi dengan baik dengan mereka dalam memahami masalah mereka mendidik anak kita
- Berfikiran terbuka dalam mendapat maklum balas mengenai anak kita
- Dalam mempercayai anak sendiri, belajar juga mempercayai pendapat orang lain
- Setiap orang termasuk guru, diri kita dan anak kita, ada kelemahan masing-masing
- Bersabar dalam mengambil sebarang tindak balas, banyak berdoa pada Allah
- Belajar menghormati perasaan orang lain agar kita sentiasa dihormati juga
- Jangan putuskan silaturrahim terutama anak-anak dengan guru mereka.
- Usah malu untuk kembali sekiranya kita terlanjur...

Sekadar renungan untuk kebaikan bersama

The Advisor
Tadika Arif Minda

2008 ANNUAL CONCERT


Dear Parents / Guardians,

ANNUAL CONCERT & Hi Tea – 15th NOVEMBER 2008

All parents/guardians are cordially invited to attend our very important event, 3rd Annual Concert and Graduation Day which will be held as follows:

Date: 15th November 2008 (Saturday)
Venue: Cattleya Grand Ballroom,
Wisma Perbadanan Pembangunan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam

(in front of Grand Blue Wave Hotel)
Time: 8.00 am to 12.00 pm

" MEET UPIN & IPIN THERE "

Prior to this event, there will be a hi-tea after the event for all parents/guardians and guests. Adult will be charged RM25.00 each and for child (4-12 years old), RM18.00 (Arif Minda’s students are excluded).

Food will be served by Kuzie Catering.

Payment must be made to Tadika Arif Minda not later than 7th November 2008.
We also welcome any form of contribution/sponsorship from parents towards this event and please do not hesitate to contact us for further details.

May your presence will make this event more cheerful and meaningful to our children, insyaAllah. Do contact us for further details.

Regards,
From The Management

Monday 20 October 2008

HAK KANAK-KANAK DALAM ISLAM

Saudara-saudari sekalian.......

Dalam penubuhan sesebuah institusi pembelajaran seperti Tadika, tugas dan tanggungjawab kita adalah amat berat. Keuntungan bukanlah segalanya walaupun ianya amat penting dalam dunia ini. Apalah ertinya keuntungan sekiranya amanah yang Allah berikan sebagai khalifah di muka bumi ini tidak kita jalankan dengan sempurna dan penuh keimanan. Kita bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita patuh pada Allah dan rasul dan menjadi mukmin yang dapat membela agama dan bangsa kita di masa depan. Berdepan dengan situasi di mana agama dan bangsa kita mudah dicabar kini, cabaran semakin berat.

Kami amat takut sekiranya segala apa yang dicurahkan ini tidak diredhai Allah dan menyimpang dari amanahnya. Marilah kita sama-sama mengikuti tulisan ini yang kami petik dari web 'http://www.mindamadani.my/content/view/176/2/' sebagai panduan pihak kami dan saudara-saudari sekalian dalm mendidik anak-anak agama/bangsa kita. 7 perkara di bawah menjadi panduan kami di Tadika Arif Minda untuk menjalankan amanah Allah tersebut.

Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.

Antaranya ialah:
i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian alam ini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian alam ini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
http://www.mindamadani.my/content/view/176/2/

Monday 13 October 2008

EXAM WEEK !!!!

To all
Arif Minda's students.
Good luck in your final 2008 assessment beginning today
13th October 2008.
Parents and Guardians,
do make doa, wish and support your children to try their best.

SELAMAT HARI RAYA - maaf zahir batin


DEAR ALL,

Assalamualaikum

The management and staffs of Tadika Arif Minda would like to wish all parents/guardians and business partners

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin

for any wrongdoings for the past activities and do hope we will work closer for the sake of ummah.


Tadika Arif Minda