Tuesday 20 March 2007

TAKZIAH - Al Fatihah untuk bekas pelajar


Pihak Tadika Arif Minda, semua pelajar dan ibubapa merakam ucapan takziah kepada ibubapa dan keluarga Allahyarham adik Raziq Haiman b. Mohamad Rafi (bekas pelajar Tahun 5 2006-lihat gambar) yang telah pulang kerahmatullah pada hari Isnin 19hb March 2007 di Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin. Kita berharap pihak keluarga Allahyarham dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Sepanjang bersama kami, Allahyarham merupakan pelajar yang dedikasi, pintar dan amat berdisplin walau menghadapi masalah kesihatan. Pernah mengambil bahagian dalam konsert 2006 bagi persembahan membaca doa/surah. Kepetahan beliau akan sentiasa dikenang.


Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. AlFATIHAH.

No comments: