Sunday, 2 August 2009

AWAS!!! H1N1

Assalamualaikum...

Wabak H1N1 semakin menular di dalam masyarakat kita...pihak tadika memandang serius akan perkembangan ini....mungkin ini adalah bala yang diturunkan Allah kepada umat akhir zaman ini. Namun kita boleh berusaha dan berdoa agar kita semua dilindungi Allah daripada bala ini.

Sebagai langkah untuk mencegah wabak ini...kebersihan perlu dipentingkan. Kami akan memastikan tahap kebersihan tadika kami dipertingkatkan. Kami juga mengajar anak didik kami cara-cara menjaga kebersihan diri, kelas dan sekolah. Cara membasuh tangan yang betul juga perlu dititik beratkan.

Kami juga amat berharap agar kebersihan di rumah juga dijaga dengan rapi. Kadang kala perkara yang kita anggap remeh itulah yang penting, perlu kita amalkan.


(Update)
Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:
1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam

Antara tanda di kalangan orang dewasa:
1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan

Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1
1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.

(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)
Semoga kita semua terhindar dari wabak ini.

Wassalam.

Pengerusi.

No comments: