Sunday, 4 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri !


Assalamualaikum,

Ya Allah,

Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami

Ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan

Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami bagi pihak pengurusan Arif Minda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ibu bapa, guru-guru serta sesiapa yang mengenali kami. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf andai lidah terlebih bicara, andai perbuatan terkasar menyentak rasa. Diharapkan tiada sekelumit perasaan disimpan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Semoga kita sentiasa meningkatkan amal ibadat sepanjang tahun dan tidak semestinya pada bulan Ramadhan sahaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

No comments: