Monday 1 December 2008

WARISAN UNTUK ANAK-ANAK BANGSAKU

Kecoh betul kita tentang isu ketuanan Melayu bila dicuit oleh 'orang asing'.
Sakit hati betul kita bila tak dipanggil tuan. Sensitif kalau kita tidak dipandang sebagai 'tuan' atau 'ketua' dan kita sanggup bergolok bergadai untuk dapat gelaran tersebut. Sejarah menceritakan jatuhnya Pulau Pinang, Perak kepada British dulu hanya kerana raja-raja ketika itu takut tidak lagi dipanggil sebagai 'tuan'. Adakah kita sekarang, hari ini masih 'tuan' di tempat tersebut, atau hanya tinggal simbol?
Apakah kita ini tuan jika jarum menjahit baju sekalipun minta dari 'orang asing'? Paku sebatang, benang segulung hinggakan mangkuk tandas pun dikuasai 'orang asing' dan tidak mampu langsung bersuara walau tentang hal agama kita sendiri.
Arif Minda berazam melahirkan generasi kita yang beriman, berani, dan tahu erti seorang 'tuan' yang sebenarnya! Tuan yang bukan pada jawatan tapi tuan kepada segala bekalan dan percaturan hidup di bumi sendiri. Sama-samalah kita membentuk mereka agar agama kita kelak terbela.

LAGU WARISAN UNTUK ANAK-ANAKKU
Orang tua main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya-raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah depa
cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang
kini kita cuma tinggal kuasa
Yang kurang drpd satu pertiga...
bersatulah hati bersama berbakti
pulihkan harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah lalai terus usaha
melayukan gagah di nusantara....

Tuan Penasihat
Arif Minda

No comments: